Wednesday, May 22, 2013

..No Worries..

Honestly, saya akan sedaya upaya saya untuk mengelakkan diri daripada involve dengan cerita cinta bersegi-segi nih.. Kalau saya menjadi mangsa tak apa, yang nak sakit saya yang rasa..tapi nak pergi jadi pemangsa dengan jatuh cinta atau nak suka-suka dekat orang yang dah berpunya, InsyaAllah tak lah kot.. Saya tahu macam mana rasanya, InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk elak..Tapi siapa saya untuk cakap tidak dalam keadaan belum diuji nih..huhu..

Memang saya pernah rasa berada dalam kisah cinta bersegi. Sebab tu saya harap sangat saya tak jadi orang yang datang menggangu kepunyaan sesiapa.. kalau saya rasa bf saya dah hepi dan selesa dengan orang ketiga, walau sayang macam mana sekali pun selagi belum kawen memang saya akan diam je lepas habis segala usaha. bukan sebab tak sayang, bukan sebab tak nak pertahankan. tapi kita tahu, hati manusia Allah yang punya. lebih baik kita kembali kepada Sang Pencinta dan berdoa apa yang terbaik untuk kita. Macam tu jugak kalau saya ada suka pada orang, then dapat tahu dia dah ada gf, dah berpunya..memang saya akan terus diam je..menyepi..itu lebih baik untuk diri saya yang kerdil ini. sebab saya sedar diri.. tapi percayalah, saya sentiasa ada di sini.. :)

Sekarang saya harap, ada pihak yang faham kenapa saya tak approve friend request dia di FB. takpayah la nak add FB saya. No Worries..saya taknak terlibat dalam kisah cinta bersegi nih. nanti kalau saya approve, mesti akan ada pihak yang marah saya..anda mungkin tak kena..huhu..lagipun buat apa lah nak add saya.. saya bukan sesiapa..bf anda pun dah tak ada dalam friend list saya. so apa guna untuk add saya..huhu..tapi if bf anda yang suruh anda add saya, then only saya akan approve.. atau apa mungkin anda mahu mengenali bf anda melalui saya? iskk.. tak kisahlah apa pun, yang pastinya walaupun saya sayangkan bf anda, tapi saya tetap doakan kalian gembira..semoga satu masa nanti kita semua akan berbaik dan bersahabat..mugkin selepas semuanya berada dalam keadaan yang terbaik. :)

sudahlah, sudah hampir setahun semua perkara berlaku. saya pun dah boleh terima hakikat. dan sudah mampu untuk tukar rasa sayang ni kepada rasa sayang seorang teman/sahabat/kawan/rakan. kalau mmg jodoh insyaAllah bertemu juga.  Apa pun saya mintak maaf pada kalian berdua andai saya ada buat salah silap dan andai ada kata2 saya yang menguris hati kalian berdua.

Sampai berjumpa lagi. Salam kemaafan dari saya. Insan yang sudah sembuh dari luka. :)

..saya cuba untuk tidak sakiti sesiapa..

p/s: andai miss J boleh baca tulisan ini, saya harap anda faham.. tp mungkin anda tak kan dapat  baca tulisan ni, maka saya doakan anda akan sentiasa gembira dan berfikiran baik kepada saya. itu saja.

3 komen2:

weetameal said...

the picture is right!

ita athirah said...

Indeed. Dont hurt people. Just be good to others. :)

Anonymous said...

InshaAllah ada kat mana2 llki baik tuk anda,tggu masa je die nk mncul..hv faith.. :)