Assalamualaikum and happy monday. :)
PRU 13 dah tamat dan kemenangan berpihak kepada bn lagi. Tahniah BN. Walaupun ada perkara yang sy tidak setuju dgn BN tapi sy masih ok if BN memerintah.
Sy masih bersyukur kita dapat keluar pergi masjid dengan aman damai. Dapat dengar azan berkumandang pagi2 tgh hari ptg malam. Masih dpt byk subsidi dan keistimewaan org melayu lagi..sy xtahu kalau pakatan menang setakat mana semua tu dapat dipertahankan. Yakinkah kita?
Sy ok je kalau pakatan yang memerintah. Asal DAP takde. Cuba bayang if pakatan mng, Anwar jd PM, Hadi awang jd timbalan 1, guan eng jd timbalan 2, and kit siang jd menteri dalam negeri macam yang karpal singh cakap. Sy yg dgar ni pon naik cuak bila kit siang nk jadi menteri dalam negeri yg akan kawal all the affairs and the police. Itu belom tahu sape plak yg akn diletak as menteri pertahanan.
Mmg dap baik dkt penang tp dkt org2 cina. Org melayu dia ambik hati dgn duit jugak. Mmg dia byk bagi duit dkt org2 melayu, tapi tak tau sumber nya dr mana. Kalau baik sumber duitnya Alhamdulillah kalau dari sumber yg haram, terima je la. kalau duit dari BN tentu2 dah duit rakyat.
Org tak tau ke karpal singh ckp "over my body" a.k.a "langkah mayat saya dulu" if nak buat hudud. Mmg soi lek pun tentang hudud.tp soi lek x selantang karpal singh. Dan sokongan utk soi lek x sekuat sokongan penyokong utk karpal singh. Huhu. Orang tak tau ke ambiga cakap nk buat perlembagaan kebebasan beragama..kebebasan beragama mmg bole boleh bagi..tp buat org bukan islam je..haramkan kebebasan tu buat org islam dlm perlembagaan tu. tp kalau dh buat kebebasan beragama sah2 la utk mudahkan murtad bg org islam, ye tak??..Org kafir mmg dari azali bebas beragama.infact kita pun xdak paksaan utk dorg dlm memeluk islam. So why sebok nk kebebasan beragama lagi? Kann?..Org bkn nampak benda2 gini. Sbb ini konon benda kecik. Yg org nampak nak ubah itu ubah ini. Free itu free ini. Sy pun concern jgk dgn hutang negara yg byk tu dan perbelanjaan yg BN buat yg tak masok dek akal tu. Dan cara hidup mewah dorg yg katanya guna duit rakyat tu. Mmg dorg corruption. Ayah sy pun cakap, masa dia kerja dulu projek2 kerajaan yg dtg non-sense. Quotation yg datang bukan2 harganya. Dia argue. Tp finally dia sign jugak selaku pengetua sekolah. Tapi as long as kita aman dapat rasa kemajuan sikit2. Apa salahnya.
Saya ok je dgn pakatan. Infact sy vote pas. Sy mmg ok kalau pas yg pegang pemerintahan tertinggi kerajaan kalau dorg mng. Tp bila pikirkan apa yg karpal singh ckp. Sy tak sanggup. Sorry malaysia.
Dari dulu org kafir tak berjaya nak jatuhkan Nabi dgn cara jahat. Then dorg cuba cara halus dengan berbaik2 dengan nabi and mintak sebulan sembah Allah and sebulan lagi sembah tuhan dia. Itu ancaman org kafir masa zaman nabi. Mungkin masa zaman skrg ancamannya lebih kepada mintak 50% parlimen org islam dan 50% lg org kafir. And lama2 nanti org islam cuma jadi pak turut dan boneka je dlm parlimen dan cuma sekadar mengiya iya kan apa yang dikata org kafir. Entah lah. Semua org fikirnya lain lain. Terpulanglah kepada semua org nak fikir macam mana. As long as we live, hiduplah baik2. Kita hidup bukan sbb nak cari duit je. Bukan hidup nak rasa kesenangan dunia je. Semoga kita semua tak lupa, kita hidup untuk cari bekalan buat bertemu Allah s.w.t. WAllah hu Alam..
Semoga kerajaan BN akan ambil pengajaran dari pertemuan sengit dan panas di pilihanraya kali ni. Semoga ketakutan pemimpin2 kerajaan pada pilihanraya kali ni buat dorg peduli apa yg rakyat nak dan jadi lebih telus dalam menjalankan amanah rakyat. Dorg nak makan duit rakyat ke ape ke, bg pihak diri saya sendiri saya cuma mampu cakap, semoga Allah je yg membalas nya.
Sebagai rakyat semoga kita semua teguh walau apa pun parti yg kita sokong. Jangan fanatik sgt. Jgn sokong parti politik macam sokong kelab bola.huhu.nanti jadi macam dalam video pergaduhan masa flashmob di seksyen 18 perak. Memalukan. Sila pergi tgk video penuh di youtube if ada sesiapa yang belom tgk. Dan kemudian baca komen2 org2 yang fanatik bawah video tu. Kalau kita dah fanatik, yang terang2 salah pun kita still cakap betol. Haih. Saya vote pas, tapi Sorry to say, dlm video tu saya salahkan org pas tu sendiri. Ntahlah. Fikir fikirkan sendiri. PRU pn dah habis, apa pun kita tunggu lagi 5 tahun lagi.
Jangan risau. Mungkjn sekarang kita masih hidup di zaman dimana fitnah dan kezaliman berleluasa macam yang dalam Quran kata.maka terima je ka fitnah dan kezaliman BN pada rakyat kononnya tu dan hidup je la dengan gembira. Sampai masa kebangkitan nanti Islam akan menang jugak bagai yang sudah difirmankan. dan masa tu semoga kita bergembira menjadi orang yang vote Islam dan sudah bersiap sedia untuk menghadap Tuhan. Mungkin masa tu kita betul2 sudah berada dihujung zaman. Wallah hu 'Alam
Sekian. No offence please.
Assalamualaikum.
0 komen2:
Post a Comment