1. Alhamdulillah, hari ni saya masih hidup seperti biasa.. untuk terus merasai nikmat dan rahmat Allah SWT.. Alhamdulillah saya selamat sampai ke UTP kemarin. Dan Alhamdulillah saya dapat gather balik dengan housemate-housemate yang juga merupakan rakan-rakan usrah. Seronok sangat rasa, bila berada di kalangan orang yang setiap butir percakapannya menjurus kepada mengingati Allah.. Semoga Allah merahmati kami semua. mudah-mudahan.
2. Semalam one of my roomate panjang lebar memberi kata-kata yang saya kira boleh di kira sebagai nasihat dan motivasi kepada saya untuk buat sesuatu kerana Allah. Kalau tak berjaya apa yang kita lakukan, sekurang-kurangnya kita dah dapat pahala sebab berusaha kerana Allah. dan mungkin kalau tak berjaya itu maksud Allah sedang nak uji kita atau Allah nak bagi kita yang lebih baik. Katanya lagi, kalaunak berjaya dunia dan akhirat, kita kena baiki dulu hubungan kita dengan Allah. kalau hubungan kita dengan Allah baik, maka akan baiklah hubungan kita dengan orang lain dan dengan dunia ni sendiri. sesunggunya ALlah tu maha adil, Maha pengasih dan penyayang. Alhamdulillah, rasa hiba hati bila hampir setiap hari dapat dengar kata-kata macam ni. Syukurlah, Allah pilih saya untuk duduk bersama dengan mereka-mereka di sini.
3. Harini banyak jugak perkara-perkara baik yang berlaku. Nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. saya datang balik ke UTP ni dengan niat nak cari kerja. semalam lepas betulkan niat, Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat kejenye..tp sy tak tau gajinye berapa, xpe lah, janji keje.mugkin itu rezeki saya. harap-harap semua urusan nak amek saya bekerja ni dipermudahkan lah, dan semoga saya betul-betul dapat start buat keje dan dapat gaji hujung bulan nanti..InsyaAllah..lepas dah dapat keje tu, tiba-tiba ada ada orang offer nak tolong kirakan saya utk sambung phD. Lepas tu dapat makan free, housemate buat makan-makan free..kena pulak saya puasa harini, memang rezeki sangat. Alhamdulillah. lepas siap bukak puasa, tiba-tiba sekretariat sukan UTP kol nak upah suh jadi referee netball time sport carnival nanti..huhuu..lepas tu dapat msg dari mira,dia ajak pergi gathering dekat janda baik and dia dengan baik hati nya nak sponsor tiket pergi balik dan mugkin lain-lain perbelanjaan sebab saya mmg cakap terus terang saya takde duit..huhuuu..Alhamdulillah..Alhamdulillah..semoga saya terus dimurahkan rezeki seperti hari ini..Rezeki Allah bukan pada duit semata-mata..
4. Last sekali berita yang paling menggembirakan hati saya adalah bila saya dapat msg dari kawan saya di UTHM yang msg-nya lebih kurg gini.."aku dah pi jumpa dgn en eddy tu. bila aku sebut nama hang, terus dia ingat yang budak utp. kebarangkalian memang tinggi nak dapat, tapi selagi U tak bukak post, mmg tak boleh nak panggil. takpe, calon menunggu dah tersenarai. kita sama-sama doakan uthm buka post utk amik staff baru banyak-banyak..U aku ni mmg macam ni, lambat bab-bab pengambilan"... huhuhu..walaupun saya agak gembira dapat msg ni, dalam masa yang sama, saya nerves jugak..apakah saya berjaya dalam interview di UTHM haritu?huhu.. bole tlg sama-sama doakan utk saya tak? saya harap nama saya memang tersenarai dalam calon menunggu tu..tolong doakan saya..dan semoga Allah membalas jasa anda yang mendoakan saya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda..mudah-mudahan..
5. dan nikmat dan rahmat yang tak terhingga saya kira buat saya pada hari ini adalah saya dah dapat hafal surah Al-Waqiah. Ya Allah.. mungkin ini lah hikmah sebulan duduk rumah. lepas ni cuba nak hafal Al-Mulk.. Alhamdulillah baru dapat hafal 1/6 je..otak dah berkarat..mudah-mudahan Allah permudahkan untuk saya, dan di beri ketajaman daya ingatan kembali..macam mana lah orang-orang yang dapat hafal 30juzuk Alquran tu..seronoknya mereka..huhuu..
semoga saya dan anda semua terus di limpahi nikmat kurniaan Allah seperti mana dia memberi limpahan nikmat kurniaan nya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh.
InsyaAllah.
sekian.
0 komen2:
Post a Comment